Breaking News

Tips Lulus Adsense


Assalamualaikum.

Hari ni Cik Nor nak kongsi dengan korang macam nak lulus adsense dengan cemerlang. Hehe. Ni tips dari blogger picisan macam Cik Nor la. Korang baca dan nak ikut ke tak terpulanglah pada korang. Cik Nor tak paksa yer😊😊😊. 

Cik Nor sendiri banyak kali jugaklah kena tolak oleh adsense. Memang dah putus asa dah sebenarnya nak mohon balik. Tapi bila tengok blog orang lain ada iklan adsense rasa cemburu pulak. Mana tak nya pendapatanya dibayar dalam matawang usd. Giler ko tak nak😀😀😀

Akhirnya Cik Nor mengaku kalah, sebelum ni ego tak nak baca tips dari otai-otai adsense. Tapi kali baca dan mintak nasihat diorang. Siapa otai-otai tu? Cari dikalangan rakan-rakan facebook korang mesti ada kan.hehe

Tips pertama, blog korang mesti berusia setahun atau lebih. Tak kiralah domain sendiri atau domain tumpang macam Cik Nor ni. Ini kerana adsense akan nilai blog korang diantara 4 -5 bulan terawal dari tarikh korang memohon iklan adsense. Kalau tak ada banyak entry di antara tu jangan mengada nak mohon, takut kecewa.hehe


Tips kedua, entry korang mestilah panjang diantara 300 patah perkataan  ke atas. Maknanya korang kena tulis entry panjang dari korang tulis karangan masa spm dulu.hehe. Korang bebel lah apa pun janji panjang. Hehe. Tiru macam Cik Nor gigih membebel walaupun tak berfaedah sebenarnya.haha.  Pastikan entry pendek korang disimpan didalam draft sementara adsense menilai blog korang. Contoh entry pendek seperti giveaway, segmen, contest dan sebagainya.


Tips terakhir, kurang gambar dalam setiap entry yang dalam proses memohon iklan adsense.  Mesti korang kata, ala, gambar banyak nak letak mana? Sayangla kalau buang macam tu jer. Buat sementara simpan la kat mana-mana dulu gambar korang yang banyak-banyak tu. Bila dah lulus letak lah banyak mana korang nak letak pun tak ada siapa nak marah.hihi

Itulah diantara tips untuk lulus iklan adsense dari Cik Nor, blogger picisan yang baru nak dikenali di dunia blogger. Kalau ada apa tips lain bolehlah tinggalkan dikotak komen Cik Nor. Kerjasama anda amat dihargai.hihi 




8 comments:

  1. baiklah cik nor, nanti saya cuba praktikkan tips2 dari blogger yang baru nak dikenali ni (kononnya la..pdhal dh glamer weiii..masuk tv..hehe)

    ReplyDelete
  2. putus gak.. 2 disable hahahahha salahnya sebab link drama or url tak patut letak last sekali ekin delete entri tu.. harap xde dah perkara macam tu jadi nanti

    ReplyDelete
  3. tu la pasal.. tp berbaloi baloi bila dah approved.. jgn putus asa tu penting yeaaahhh

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah jue dah lulus GA ni.. nak mantapkan lagi earnings jer..

    ReplyDelete
  5. Masa tunggu kelulusan adaense juga jangan buat entry link drama ka..lagu ka...simpan dulu dalam draft

    ReplyDelete
  6. huhu.. dah buat dah macam yang akak bg tips, tapi adsense tak approve lg..huhuhuhu

    ReplyDelete