Breaking News

Mudahnya DIY Hadiah Di Printcious


Assalamualaikum..

Ingat tak dalam entry sebelum ni Cik Nor ada cerita yang pasal design sendiri hadiah tulus dari hati. Kalau yang tak baca lagi boleh baca Sini. Ada yang tak tahu lagi ke Cik Nor tempah kat mana? La ye ke?

Ni hah Cik Nor tempah kat printcious.com ni jer. Macam hadiah menarik ada kat sini. Pendek kata rambang mata dibuatnya. Ini cantik, itu menarik. Kalau boleh semua nak tempah. Ye lah dok depan pc atau pegang tablet @ smarphone dah boleh tempah. Tak perlu keluar rumah dah. Pilih nak tempah apa. 


Tengok sendiri korang nak tempah apa. Macam hadiah ada. Sesuai untuk pelbagai majlis. Nak baju tshirt sedondon, mug, bantal hiasa, keychain, fridge magnet dan macam-macam lagi yang boleh membuat hati korang teruja dan berkata " saya nak tempah semua ni la". Betul tak? Mana taknya korang boleh pilih design yang telah disediakan atau korang boleh design sendiri.

Kalau design sendiri baru ada class orang kata. Yelah hadiah ni tulis dari hati kita. Cewah..kalau beli yang orang design dah biasa sangat. Tambah-tambah korang yang kreatif mesti menarik. Cik Nor tangan tak berseni sangat tapi kalau nak design untuk diri sendiri tu lepas la. Kalau untuk orang lain..hurmm..haha



Untuk yang tempoh hari Cik Nor tempah fridge magnet atau pun basic magnet. Mudah sangat menempahnya. Cik Nor tempah tiga. 2 untuk anak buah, setiap satu magnet tu ada gambar diaorang. Satu lagi Cik Nor buat untuk adik beradik Cik Nor. Kalau korang tak nak design sendiri pun boleh sebab printcious dah sediakan design untuk korang yang cantik, menarik dan the boom.

Kalau korang nak design sendiri, mula pergi kat customize it. Dah sampai situ masuk kan gambar yang korang nak. Edit cantik-cantik dan jika perlu boleh la letak background macam Cik Nor buat dalam gambar No.1 tu. Nak letak ayat pun boleh yer. Jangan malu-malu.hehe


Ini contoh yang telah telah siap Cik Nor design. Senang jer kan? Tu Cik Nor design yang simple jer. Korang mesti high class punya design kan? Betul tak? Kalau korang masih tak puashati korang boleh edit sampai lah tercapai apa yang korang inginkan. Setengah orangkan cerewet wakaupun design sendiri tetap jugak tak puas hati. Kat printcious jangan risau. Boleh edit selagi korang tak puas hati. Cik Nor tempoh hari pun sama. Kejap buang sini, tambah situ. Akhirnya puashati jua.hehe


Dah betul-betul puashati boleh la add to cart. Bila add to cart korang boleh pilih nak sambung beli hadiah yang lain atau nak terus buat pembayaran. Kalau sambung beli hadiah lain yang dah siap tu biarkan sahaja dalam cart. Kalau dah tak nak, boleh terus tekan next untuk checkout. Ini bermakna bila dah tekan checkout korang dah ready untuk pembayaran dan penghantaran.


Masa korang kat checkout korang kenalah isi detail macam dalam gambar kat atas tu. Kalau tak isi detail macam mana hadiah korang nak sampai.hehe. Untuk memudahkan orang, jangan lupa signup member. Lagi mudah dah menjimatkan masa. Dan yang paling best bila dah signup dapat 30% diskaun. Suka tak? Mesti sukakan?Cik Nor signup melalui facebook jer. Malas nak ingat password banyak-banyak.hehe. Dah complete isi detail jangan lupa tekan next untuk langkah seterusnya.


Ok. Dah sampai langkah kedua terakhir iaitu pembayaran. Korang boleh pilih nak buat bayaran secara online atau secara transfer di mesin atm. Oleh kerana Cik Nor jakun sikit dalam bayaran secara online maka Cik Nor pilih untuk membayar secara transfer di mesin atm. Cara Cik Nor buat ni rumit sikit sebab selepas transfer, kita kena scan dan email slip bayarsn tersebut kepada order@printcious.com. Selepas mereka mengesahkan pembayaran telah diterima, baru mereka proses tempahan kita. Bagi korang yang ada akaun online better guna online kerana mudah dan cepat.


Langkah terakhir setelah bayaran dibuat. Jangan lupa confirmkan tempahan korang. Nanti kan tak pasal-pasal pihak printcious tak proceed order korang. Nangis korang menunggu barang sampai. Setelah bayaran dan confirmation order telah dibuat pihak printcious akan mengambil masa 3 hingga 6 hari untuk menyiapkan dan menghantar tempahan korang. Cepat kan. Sangat rugilah kalau korang tak memilih printcious sebagai pusat diy hadiah anda.  Hadiah tulus dari hati, memang sesuai dengan tema nya pricious gifts from your heart.

#priciousgiftsfromyourheart

21 comments:

  1. Best kan dapat design sendiri hasil kita sendiri

    ReplyDelete
  2. Bestnya bila boleh buat sendiri

    ReplyDelete
  3. Bila DIY brg lota sendiri memg memberi satu kepuasan kan

    ReplyDelete
  4. comelnya ada muka sendiri.. menarik ni!

    ReplyDelete
  5. Teringin jugak nak tempah... Dah tengok-tengok websitenya.

    ReplyDelete
  6. Menarik ni. Siap boleh design sendiri yang kita nak

    ReplyDelete
  7. memang mudah betul dengan printcious

    ReplyDelete
  8. Betul..best..penah beberapa kali gak order kat sini..sonok main design2 walaupun tgn kurang berseni..haha

    ReplyDelete
  9. Nak mai byr duit 10 hinggit hahah , ada vocher tak tebus lg kat printcious .. nak buat bantal lg

    ReplyDelete
  10. Xpayah pening-pening nak cari hadiah kat luar kan..

    ReplyDelete
  11. mmg best website ni kan kak.. mudah <3

    ReplyDelete
  12. Whoaaa... Nak gak, tapi ada ke tak delivery ke EM, eh?...

    ReplyDelete
  13. best je cik nor leh design gambar tu... pas ni penuh la gan brg2 kt umah gambar sdiri... hehe...

    ReplyDelete
  14. bestnya printcious ni.boleh customized macam2 barang atau hadiah

    ReplyDelete
  15. boleh buat jugak ni.. tambah2 jue pengumpul fridge magnet..

    ReplyDelete
  16. Memang best sebab personalized kan

    ReplyDelete
  17. Untuk buat GA , bagus nih ...

    ReplyDelete
  18. Cantik FM tue . Boleh lekat pada peti ais . Lagi best boleh design sendiri

    ReplyDelete