KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Monday, December 16, 2013

Kebaikan & Khasiat Limau Purut

Sumber gambar: Pakcik Google


Assalamualaikum

Minggu lepas cik nor balik kampung. Bukan tiap2 minggu ke cik nor balik kampung..hehe.Routine setiap minggu.Apo nak dikatalah yo.Itulah kerja ambo bila cuti hujung minggu.Balik kampung lepak, tidur, makan dan membesarkan badan bagaikan juara.haha.Biasalahkan kat rumah ada orang masakkan untuk cik nor.Kalau kat rumah sewa asyik makan makanan kat kedai mana selera walaupon 1 pinggan nasi boleh habis...eh betullah kan..makan tengahari la..malam dah xmakan nasi..:)

Haishh..cik nor nie lain dia tulis tajuk lain pulak yang dia merapu.Oklah berbalik kepada tajuk entry kat atas sebenarnya masa balik kampung minggu lepas teringat kat belakang rumah ada pokok limau purut then suruh mak tolong jolok sambil dia ambik daun pandan.Bila anak buah bawak limau pulut untuk cik nor..makkk aii...besar2 buah dia.Cik nor potong dia bulat2 supaya senang nak lumur kat atas kepala.Dalam 3 biji kot cik nor lumur air dia kat atas kepala cik nor yang selalu gatal dek kerana pakcik kelemumur yang selalu datang mengganggu.Cik nor biarkan dia lebih kurang 1/2jam baru g bersihkan.Alhamdulillah kepala cik nor dah tak gatal lagi.Kepada blogger yang ada masalah kelemumur boleh lah cuba cara cik nor nie..selamat mencuba..:)

Dibawah ini cik nor share kelebihan dan kebaikan limau purut yang cik nor ambik kat SINI.

Antara khasiat Limau Purut :


1. Daun limau purut banyak digunakan dalam masakan seperti tomyam kerana bau dan rasanya yang unik.

2. Limau purut juga digunakan sebagai ramuan ubatan dan juga bahan untuk mandi wap.

3. Selain berkesan sebagai penggalak antitumor atau pencegah kanser, limau purut juga boleh digunakan untuk mencuci rambut dan mulut serta boleh membunuh pacat.

4. Ekstrak minyak patinya boleh digunakan sebagai aromatherapi, nutraseutikal dan produk penjagaan diri.

5. Limau purut juga boleh merawat luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.



Apakah khasiat Limau Purut? 

Khasiat yang tinggi dalam dunia perubatan. Mengandungi bahan aktif berubat seperti 

anti hysteria, anti tumor, pencuci asli, anti septic, anti bacteria dan banyak lagi. 

• Dengan memasukkan pati minyak limau purut dalam mandian dapat menghilangkan

bau badan serta melembutkan kulit.

• Dapat melancarkan sistem pernafasan dengan menyapukan pati minyak limau purut 

pada dada, tengkuk dan belakang badan.

• Dengan sedikit garam dan daun limau purut yang ditumbuk halus dapat mengelak dari 

masalah kekuningan pada gigi. 

• Sebagai wangian dalam aromaterapi. Kesegaran nyaman disekeliling ruang dalam 

rumah atau pejabat (kantor). 

• Memberi aroma pada masakan hingga membangkitkan selera makan. 



Limau Purut baik untuk rambut 

Jika anda ingin rambut anda bersih, cubalah mengambil buah limau purut. Belah dua dan 

jusnya diperah ke atas kepala dan digosokkan ke kulit kepala. Insyallah, jika diamalkan, 

rambut menjadi sihat, berkilat, dan bersih tanpa kelumumur. 


p/s:  Maaf entry panjang berjela..:)

84 comments:

  1. Wahhh akhirnye jumpe gak petua nak hilangkan kelemumur..yang tak tahannye rambut banyak gugur..sdey sgt =( tq cik nor ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ker?cubalah buat sekurang2nya 1x seminggu pon ok dah.banyak ke gugur rambut tu kechik?nnat cik nor cari petua boleh kurangkan keguguran rambut plk...:)

      sama2..:)

      Delete
  2. banyak khasiat rupenye..ingatkan buat penyedap makanan je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. xlah..dia jugak boleh blh menghanlang binatang bisa sperti ular, lipan & sbagainya dari masuk rumah kita.Itu petua orang dulu2..:)

      Delete
  3. tak suka plak bau limau...hheee jrg guna limau purut nak masak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bau dia bestla..wangi gtu...:)
      mesti tak makan tomyam nie..:)

      Delete
  4. En.suami rajin gosok kt kpala dia masa mndi,saya x de kerajinan tu hihi.daun nya sedap utk byk jenis masakan,x tahan aromanya..aumm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah..mesti xder kelemumur kat kpala dia..Tahan lama bau limau purut nie.Suka sgt..:)
      aroma mmg menggoda selera..:)

      Delete
  5. Memang banyak khasiatnya. Selalunya petua tradisional mesti pakai limau purut.

    ReplyDelete
  6. Farah paling suka bau limau purut Cik Nor...sedap jer baunya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah ..cik nor pon sama..suka sgt bau dia..:)

      Delete
  7. rumah mak saya wajib ada limau purut nih. buat perahan dalam budu. kalau letak dalam tomyam sedap nih. wangi je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh..ye ker?mesti best nie..:)
      sure best punyalah..:)

      Delete
  8. Banyak khasiat limau purut ni kn cik nor.. atie suka bau nya...:)

    ReplyDelete
  9. Muz mmg suka bab limau2 ni.. Hehe... Bnyk jg khasiatnya kan

    ReplyDelete
  10. Mama nina pun ckp menjadik kalau nk ubatkelumumur. Pakai limau jea. Tp kena gigih kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..gigih itu sdah semestinya...klu malas harap maklumlah resultnya..:)

      Delete
  11. buat minuman pun sedap gak
    letak kat shampu pun bez gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh..ye ker?xpernah cuba lagi tu...thanks for sharing..:)
      itu sudah smestinya..bezz..:)

      Delete
  12. Assalammualaikum..cik nor,

    limau purut nie bagus nak hilangkan kelumumur, alhamdulilah berkesan.

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam..mselim

      yap btl tu...mesti mselim dah cuba nie..:)

      Delete
  13. Walaikum salam wr wb
    Memang sangat banyak khasiat dan kegunaannya ya
    Tahniah :)
    Salam

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam
      yap..btl tu..:)
      terima kasih...

      Delete
  14. Wahh banyak rupanya khasiat ya...
    Thnks atas perkongsian ni...

    ReplyDelete
  15. Emak ida kalau masak lemak cili padi dan rendang pun masuk daun limau purut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti sbb aroma dia yang best sgt...mesti sdapkan masakan klu masuk daun limau purut..:)

      Delete
  16. Dulu masa kecik adalah tengok pokoknya...sekarang ni beli kat pasar je daunnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihik..ssh nak jumpa dah pokok dia skarang..nasib ayah cik nor ambil inisiantif tanam pokok dia kat blakang rumah..:)

      Delete
  17. yup, banyak khasiat limau purut ni.. pah is dah beberapa kali mandi dengan air limau purut ni.. ritual silat. wangi..!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya btl tu...wah ye ker?air limau purut boleh hilangkan bau badan..:)

      Delete
    2. ha ah.. lepas mandi semua, lepas tu pakai songkok.. lepas tu dalam songkok tu plak yg bau wangi.. mmg tahan lama.. hehehe..

      Delete
    3. owh..macm tu erk..baru cik nor tahu..thanks for sharing..:)

      Delete
  18. tq 4 sharing sis..memng byak kasiat buah limau ni :)

    ReplyDelete
  19. memang banyak khasiatnya..kaksura memang suka dengan baunya..dulu2 ada tanam pokoknya ..tapi bila dah pindah umah bertingket tingket ni terpaksa la bagi kat kakak..nak bawak kat rumah tak boleh..sebab dah besar pokoknya..:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. yap..btl tu kak...tu lah pokok nie cepat besar...klu rumah bawah oklah tanam..klu rumah bertengket2 harap maklumlah..hihik

      Delete
  20. yang penting untuk kempiskan perut... terima kasih atas perkongsian...

    ReplyDelete
  21. teringat cousin ckp, kwn dia nk masa tomyam, takde daun limau purut. dia bantai letak daun limau kasturi.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihik..kelakarlah plk...apa rasa lah tomyam dia agaknya..:)

      Delete
  22. aiza suka letak buah limau purut di kulit kepala.. rasa segar je.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh..ye ker?cik nor baru first time cuba...mmg menyegarkan..:)

      Delete
  23. baunya ok lah.. tapi mama tak pernah try lagi cik nor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. best bau dia mama..try lah mama, mana thu terpikat nnt..:)

      Delete
  24. nak try tuk hilangkan kelemumur.. kut2 mujarab.. tp rmbut kita kdng gugur bnyk.. cik nor cari petuanya eh.. hehehe..
    tapi kita tak suka masakan buh dauh limau tu..peninggggg.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. try lah mimie..menjadi..tp kna rajinlah baru hasilnya terbaik..:)
      rambut gugur kna cari dululah ptuanya..hihik
      alamak...kalau mimie masak tomyam xtaruh daun limau purut ker?hehe

      Delete
  25. banyak sungguh khasiat limau purut yeee.. boleh la tanam sepokok senang nak guna just petik ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah..bagus idea tu lieya..xpayah ssh nak cr kat pasar..:)

      Delete
  26. thanks 4 sharing...nak try tapi tatau plak kat mana ade jual buah limau purut nie..kalau limau buat air tu ade laa jual kat pasar..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome...lan datang ambik umah cik nor la..haha
      May b lan buka gerai jual air dari jus limau purut..hihik

      Delete
    2. wahh....proposal yang menarik tuh...hahahaha

      Delete
    3. eh..blh cuba apa..mana thu kot skit lagi nama lan masyur dek kerana jual air limau purut..hehe

      Delete
  27. letak dalam masakan paprik sedap ni.... huhuhu

    ReplyDelete
  28. betul sis..anis akan guna limau tiap kali nak cuci rambut..cuci sekali dengan limau..fuhyooo..terase kesegaran...hiewhiew..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihik..tahu xper..mmg segar sagt..suke bau dia..:)

      Delete
  29. oooo banyak nya khasiat... aku suka buat air je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..buat air?xpernah buat lagi tu..:)

      Delete
  30. banyaknya khasiat limau purut ni. Ingatkan buat masakan dan minuman je

    ReplyDelete
  31. yup, benar, banyak petua orang kampung yang berkesan sangat-sangat.
    salah satu yang saya dah cuba, masa tu sakit tekak yang amat sangat, pastu gatal lak, rasa macam nak masukkan jer tangan ni dalam mulut dan garu anak tekak tu sepuas hati...
    last-last teringat tentang madu yang bersifat anti bakteria, saya ambil sesudu madu asli dan telan (bukan telan habis) tapi biarkan ia di anak tekak seberapa lama yang kita boleh...terus hilang gatal-gatal tekak dan tak batuk lagi...
    kalau tak, memang seksa sangat la rasanya...
    ada beberapa info yang menarik tentang penyakit yang selama ini kita kurang tau di blog saya.
    apa-apa hal pun, sakit ni ujian dari Allah...untuk nak naikkan darjat kita.
    ~blogspot ; rawatankanser2013

    ReplyDelete
  32. Klo kurgkan bau badan.. kan sapu limau purut tuh.. klo saya sapu timun.. klo nak bt kdua2nya serentak ada effect negative x?

    ReplyDelete
  33. thank you.
    info menarik..bab rambut tu boleh apply ;)

    ReplyDelete
  34. Daun Limau Purut boleh jadi ubat batuk...sangat mujarab pulak tu...Caranya ambil 4 ke 5 helai daun limau purut tumbuk sampai pecah daun tu tak misti lumat halus masukkan dalam koleh atau gelas minuman kemudian tuang air panas selepas mendidih kalau nak sedap masukkan sedikit gula batu atau gula pasir...biar dia suam kacau biar gula tu larut dan lepas tu minum...Alhamdulillah syukur pada Allah batyk saya dah 2 minggu berambus terus....berbagai jenis ubat batuk saya minum sebelum tu tak berkesan modal setangkai daun tu 50 posen jer kat pasar. selamat mencuba

    ReplyDelete
  35. sedap ni..perah dalam budu..kikiki

    ReplyDelete
  36. Suka air limau purut. orang kata leh hilangkan lemak perut hahah nampaknya masih sama jer perut ku. ada juga orang kata ubat ketiak paling mujarab. takpernah cuba lagi.
    sapa dah cer share


    Soya antara Fakta dan Auta

    ReplyDelete
  37. Hari tu pi pasar malam teringin nak beli limau purut,terkezut harganya RM1.50.

    ReplyDelete
  38. Haritu adik ipar pernah beritahu petua untuk hilangkan kelemumur, perah air limau purut di rambut & biarkan sehari..macam buat pagi, petang baru bilas..Untuk hilangkan kelemumur & dalam masa yang sama rmbut pun bau wangi..

    ReplyDelete
  39. jika sesiapa ingin menghitamkan kulit secara semulajadi bolehlah cuba sapu kulit limau purut pada kulit yg ingin dihitamkan..kompom mujarab..

    ReplyDelete
  40. jika sesiapa ingin menghitamkan kulit secara semulajadi bolehlah cuba sapu kulit limau purut pada kulit yg ingin dihitamkan..kompom mujarab..

    ReplyDelete
  41. memang banyak khasiat limau purut ni..limau purut ni juga selalu digunankan untuk perubatan tradisional

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...