Breaking News

RumahTerbuka Datin Rahimah


Assalamualaikum..

Mood raya belum habis lagi weh. Raya kan sebulan tak salahkan kalau Cik Nor buat entry berkaitan rumah terbuka. Ke ada yang marah? hihi. Bagi yang marah tu sila pergi terjah mana-mana rumah terbuka dan jangan lupa buat entry yer.

Gambar kat atas tu Cik Nor dah siap ke rumah terbuka Datin Rahimah. Siapa datin tu? Itu tak penting, dia dah jemput makan kita pergi jer la.haha. Tema rumah terbuka malam tu..black & gold blink2. Tudung bawal Cik Nor tu bukan gold tapi soft yellow. Hentam jer la, malam-malam orang bukan nampak sangat warnanya. Haha. Kurus kan Cik Nor dalam gambar tu. Siapa cakap Cik Nor gemuk sila pergi main jauh-jauh. haha
 
Menu yang ada kat rumah terbuka, sudah semestinya satey dengan nasi impit. Pergi lah mana-mana rumah terbuka menu ini lah yang utama tuan rumah hidangkan.  Maafkan Cik Nor gambarnya gelap gulita. Cik Nor guna tab jer ambik gambar. Nasib nampak nasi impit dengan timun.haha

Alahai gambar ni lagi gelap gulita. Meh la Cik Nor terangkan apa benda tu. haha. Dalam gambar tu Kambing bakar & ayam bakar dengan sos black paper. Mula-mula try sos dia rasa tak sedap sangat, bila dah banyak masuk mulut eh..rasa sedap la pulak. Dasar makan banyak kan? 


Yang ni pulak akok. Makanan tradisional orang Kelantan mana boleh tinggal. Sedap la akok ni sebab dia letak perisa jagung. Biasa akok perisa pandan biasa jer. Banyak lagi makanan lain yang dihidangkan tapi Cik Nor ambik yang betul-betul nak makan jer. Kan ambik banyak-banyak tak termakan la pulak. Dah membazir kat situ. Antara menu lain yang dihidangkan nasi tomato dengan ayam masak merah, mee goreng, popia dan macam-macam lagi lah.hehe 

                                                    



13 comments:

  1. sate memang tak tinggal punye kalau open house besar-besar ni

    ReplyDelete
  2. orang dah jemput makan, memang makan je la kan... rezeki jangan ditolak...

    ReplyDelete
  3. Cik Nor mmg kurus pun.. tu pakai baju warna apa pun, tetap nampak kurus..hehe

    ReplyDelete
  4. aida x pernah jemu citer pasal raya, ciknor.
    raya kan 30 hari.
    wajib la kita memeriahkan syawal ni :)

    ReplyDelete
  5. haah kan raya kan sebulan..heaven la dapat makan..mostly rendang..ommo sodapnya

    ReplyDelete
  6. bestnyaaa pergi rumah terbuka. uyul tak dan nak pi mana mana bile da kerja.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  7. Lama betul tak makan akok...

    ReplyDelete
  8. nasi impit kuah kacang kelate memey tak tinggal menu wajib tu

    ReplyDelete
  9. salam cik nor..pe habaq?
    wahhh raya sebulan ye...
    pose ckup sbulan tak tu..hehe =p gurau jek..
    makan pun beringat tau..kawal kuantiti..
    nti pewot tlebih muncit..hehe ^o^

    ReplyDelete
  10. wah ada jemputan rumah terbuka memang kena pergi. rezeki tuh. kita bukan makan banyak kak. kita menunaikan hajat tuan rumah, suruh datang & makan, ekekeke. selamat hari raya kak. maaf zahir batin ya

    ReplyDelete
  11. Sedapnya Ada mama fav food satay. Comey ciknor

    ReplyDelete
  12. Untunglah dapat makan rumah terbuka Datin hihi....Hakak, harap rumah terbuka jiran jiran jerlah Cik Nor hihi

    ReplyDelete