Breaking News

Blogger Jemputan Rancangan Tumit Tinggi


Assalamualaikum..

Korang baca tajuk pun korang dah tahu apa yang Cik Nor nak cerita dalam entry ni. Sebelum tu nak tanya cantik tak makeup Cik Nor. Tak nak tanya Cik Nor cantik ke tak? Dah tahu korang mesti cakap tak cantik.haha. Pasal makeup tu nanti Cik Nor cerita yer.

Ahad minggu lepas pagi-pagi masa datang kerja terima panggilan telefon tapi tak sempat jawab sebab baru sampai pejabat. Buka whatsapp tengok whatsapp dari blogger umminani.com. Dia suggest nama Cik Nor kat penerbit rancangan Tumit Tinggi sebab rancangan tu nak buat penggambaran di Kelantan maka dia perlukan blogger dari Kelantan. Tengah-tengah whatsapp dengan Nani macam-macam dah fikir. Lepas sepuluh minit Shima dari RTM telefon balik, terangkan pasal yang Nani whatsapp tadi. Mula-mula tu memang Cik Nor tolak, sebab tak yakin boleh buat. Tapi Shima yakinkan Cik Nor boleh buat sebab diorang buat segmen untuk 6 minit jer.

Untuk tidak menghampakan Nani dan juga Shima, Cik Nor terima offer tersebut walaupun dalam hati masih ragu-ragu lagi. Bermulalah episod makan tak kenyang tidur tak lena. Udah macam orang bercinta weh.haha. Seminggu jugak weh Cik Nor dok fikir pasal ni. Sehingga hari shooting masih berfikir dan berdebar.


Gambar atas tu Cik Nor in action. Penggambaran ini diadakan di kampung Marak, Bachok tak jauh dari kampung Cik Nor. Seawal pukul 8 pagi Cik Nor dah bertolak ke Bachok takut tersesat dah sampai lambat.  Sambil tunggu Shima dan crew produksi sampai sempat la sarapan tapi tak selera sangat sebab dah berdebar sangat. Dah jumpa Shima dan En. Hisham bawak kami ke tempat penggambaran.

Sampai--sampai saja Shima suruh makeup. Wow..dapat makeup kemain Cik Nor. Terima kasih buat makeup artis RTM makeup dia memang terbaik. Lain terus muka Cik Nor dia make over. Dah siap makeup shooting terus bermula. Alahai berdebarnya kemain, nasib la crew produksi baik hati dan banyak mengajar Cik Nor. Cik Nor dah macam tunggul kayu tapi boleh bercakap.haha. Banyak kali jugakla kena ulang shoot. Bertabahlah korang mengajar blogger yang hanya tahu menulis bukannya bercakap didepan kamera. Tugasan Cik Nor pada hari itu memperkenalkan permainan tradisional Kelantan iaitu kertok.

Shooting tu bukan main lama lagi tapi Cik Nor rasa macam sekejap jer. Ye lah mana  tak sekejapnya asyik buat salah jer. Dah macam filem seniman bujang lapok pulak. Director Ahmad Nisfu..aku kata cakap..cakap la setan.haha. Lebih kurang pukul 2 petang jugaklah habis shooting hari tu.

Tapi pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan dapat belajar membuat kertok dari awal dari mula sehingga siap. Sebelum ni selalu dengar bunyi dia jer. Hari ni dapat jua belajar membuat dan mengetuk sendiri kertuk. Inilah pengalaman manis yang tak akan Cik Nor lupa sampai bila-bila. Buat anak-anak muda carilah peluang untuk belajar membuat kertok ni dan jangan biarkan ia pupus ditelan arus kemodenan.

Buat Shima dan crew produksi Tumit Tinggi terima kasih banyak-banyak sebab bersabar dengan kerenah Cik Nor yang sentiasa gelabah dalam shooting. Harap maaf dengan ayat tunggung langgang dan agak blur ketika ditemuramah. Shima jangan lupa kirim salam kat jurukamera awak yang muka dia macam pelakon Talha Harith.haha. Nak tahu bila disiarkan tunggu Cik Nor updates di Ig dan Fb yer😀

#tumittinggi
#rtm1

17 comments:

  1. wow Cik Nor.. tahniah2 seronoknya pngalaman itu..

    ReplyDelete
  2. wahh best nya.. tahniah cik nor..

    ReplyDelete
  3. wowww..tahniah Cik Nor...dapt masuk TV tu.. glamerr lah pasni..hehe..
    cantik lah cik Nor mekap... :)

    ReplyDelete
  4. Waahhhh bestnya dpt pengalaman mcm ni. Tahniah cik nor.

    ReplyDelete
  5. Wahhhh ramai betul blogger KBBA9 dijemput ke rancangan ni, tahniah!

    ReplyDelete
  6. Okey, tak sabar nak tgk cik nor in action dalam tv..sila update, tau..haha

    ReplyDelete
  7. woww, tahniah cik nor.. smoga terus sukses..

    ReplyDelete
  8. wow..tahniah Cik Nor...makin glamer la gitu

    ReplyDelete
  9. menarik la pengalaman shooting nie, dapat jugak merasa kan :D

    ReplyDelete
  10. Tahniah..dpt timba pengalaman baru..

    ReplyDelete
  11. Sabar Cik Nor... pengalaman berharga tu... tahniah....

    ReplyDelete
  12. Wahhhhh bestnya...kalau la ada peluang jugakkk..haha

    ReplyDelete
  13. Syukur alhamdulilah...tahniah cik noor...jauh team tumit tinggi berjalan tu...cayalah...nanti inform bila siaran tau

    ReplyDelete
  14. Wahhhh...terus jadi glemer sekelip mata nampaknya ni....Tahniah cik Nor. Tak sabar nak tengok Cik Nor dlm TV

    ReplyDelete
  15. wahhh tahniah cik nor bila jangka kelaur tv tu

    ReplyDelete
  16. Tahniah ciknor masuk tv ye.. dh jd terus ciknor

    ReplyDelete